Saturday, July 17, 2010

Gamat Asli Insaan

200% lebih pekat dan berkesan berbanding dengan produk lain
KEAJAIBAN PRODUK KESIHATAN DARI LAUT.
Timun Laut ataupun Gamat biasanya digunakan di kalangan masyarakat Melayu manakala di kalangan masyarakat Cina, ia dikenali sebagai “Hai Shen”. Gamat merupakan hasil dari laut yang berkhasiat dan berbentuk seperti timun. Terdapat lebih 1,000 spesis timun laut di mana Gamat (Stichopus) telah terbukti baik untuk kesihatan.
 
BAHAN RAMUAN:
Setiap 1ml mengandungi: Stichopus Variegatus 220mg
 
KENAPA GAMAT BAIK UNTUK KITA?
• Mengandungi faktor regenerasi sel di mana ia dapat membantu dalam pertumbuhan sel, tulang dan kolagen yang bertindak sebagai produk anti-penuaan kulit.
• Mengandungi saponin dan mukopolisakarida di mana bertindak membantu dalam meningkatkan system pengimunan, mengurangkan kandungan gula dalam darah, kolestrol dan trigliserida dalam badan.
• Mengandungi glukosamina, kondroitin sulfat, kolagen di mana ia dapat meredakan kesakitan sendi.
• Mengandungi vitamin A, C, B1, B2, B3, dan E di mana ia digunakan sebagai agen anti-pengoksidaan.
• Mengandungi zat besi, mangan, kalsium, magnesium dan zink.
• Mengandungi protein dan asid amino yang tinggi.
• Mengandungi EPA dan DHA di mana ia digunakan untuk pertumbuhan otak dan fungsi kardiovaskular.
• Tidak mengandungi kolestrol.
 
KENAPA GAMAT ASLI INSAAN BAIK UNTUK KITA?
Gamat Asli Insaan adalah bahan ekstrak bio-aktif yang 200% lebih pekat berbanding dengan Gamat jenama lain yang terdapat di pasaran. Proses pengekstrakan dijalankan dengan mengikut piawai yang ketat dan proses bioteknologi yang bersih dan baik digunakan.
 
Gamat Asli Insaan yang terdapat dalam bentuk jeli dan ditambah dengan rasa buah kundur ini adalah bahan makanan kesihatan yang unggul untuk seisi keluarga.
 
CARA PENGGUNAAN:
Minum 1 sudu besar 2 kali sehari.
 
 Click to download pdf file.

Noni Extract

Morinda Citrifolia, atau biasanya dikenali sebagai Noni adalah sejenis pokok renik malar hijau kecil didapati di Asia Tenggara, benua kecil India, French Polynesia, dan Pulau-pulau Pacific. Ia juga dikenali ramai dengan nama yang lain seperti great morinda, Indian Mulberry, Mengkudu (Malaysia), beach mulberry, Tahitian Noni, dan cheese fruit.
 
Noni telah dihargai oleh Polynesians bagi kekayaannya dalam perubatan semulajadi untuk hampir 2000 tahun. Masa kini, kita terlalu bergantung kepada preskripsi ubat dan bahan kimia untuk merawatkan penyakit yang dihadapi, mungkin adalah bijak untuk kita menggunakan terapi yang ditawarkan oleh Alam Semulajadi.
 
BAHAN SEMULAJADI UTAMA:
• Buah Noni Semulajadi
• Jus Anggur
• Jus Beri Biru
 
FAEDAH SEMULAJADI INSAAN NONI:
• Antioksidan
• Mencegah serangan daripada radikal bebas
• Mengawal pertumbuhan tumor
• Menguatkan sistem imunisasi
• Meningkatkan fungsi sistem kardiovaskular
• Mengurangkan tekanan darah dan membersihkan usus
• Membantu melegakan kesakitan, menahan bacteria
 
CIRI-CIRI PRODUK:
Dihasilkan secara asli dari buah Noni, tidak mengandungi aroma tiruan, mampu menjana kebolehan imun badan.
 
DOS:
Mengambil 7 – 10 titisan dengan ½ hingga 1 cawan air sebelum atau selepas makan
 
SESUAI UNTUK:
Orang pertengahan usia, pesakit yang sedang sembuh, orang yang mempunyai imun badan yang lemah, dan pesakit Rheumatism
 
TIDAK SESUAI UNTUK:
Wanita mengandung atau yang menyusukan badan.
 
 Click to download pdf file.

Enzy8 Enriched

Cara kehidupan yang sibuk telah mempengaruhi tabiat pemakanan harian kita. Kita sepatutnya mengambil makanan yang kaya dengan enzim seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar tetapi kita telah mengambil makanan yang dimasak atau diproses secara tidak sihat seperti makanan segera dan makanan dalam tin. Makanan yang diproses ini tidak mempunyai enzim!
 
Enzim sangat penting kerana ia mampu bertindak sebagai kunci bagi menjana fungsi metabolisme dalam badan kita. Badan kita membekalkan enzim yang terhad, ianya akan berkurangan sekiranya kita mengambil makanan yang tidak mengandungi enzim. Semakin meningkat usia, enzim penghadaman dan enzim metabolisme dalam badan kita turut terjejas. Oleh itu, adalah penting untuk kita mendapatkan makanan yang mengandungi enzim penghadaman dalam diet seharian. Proses penghadaman yang tidak sempurna akan menyebabkan masalah usus dan toksik yang beracun dalam badan kita. Ini mengakibatkan hati kita terpaksa bertindak lebih kuat untuk menyahtoksikkan makanan tersebut yang diambil seharian.
 
Enzy8 adalah sangat penting bagi kesihatan badan kita kerana ia membekalkan enzim penghadaman dan juga prebiotik dan probiotik. Ianya bertindak sama untuk meningkatkan proses sistem penghadaman dan memastikan perut dan usus besar berkeadaan baik, bersih dan sihat.
 
BAHAN UTAMA:
• Enzim
• Probiotik: Laktobasilus
• Prebiotik: Inulin Oligosakarida
• Kolagen
• L-carnitine
• Extrak biji anggur
• Extrak kulit pinus
• CoQ10
 
KELEBIHAN:
• Mengurangkan berat badan
• Membantu sistem penghadaman yang baik dan saluran pencernaan yang lebih sihat
• Membantu penyahtoksikan dalaman
• Meningkatkan keanjalan kulit
• Sesuai bagi pesakit kencing manis
• Mengoptimumkan pH dalam darah
 
CARA PENGGUNAAN:
Masukkan 1 uncang Enzy8 ke dalam 260ml air. Minum 1-2 kali sehari selepas makan.
 
 Click to download pdf file.

Insaan Spirulina Plus

Pendedahan yang berterusan kepada cara hidup yang tidak sihat, diet yang kurang seimbang, pencemaran alam sekitar, asap rokok, tekanan dan sebagainya boleh meningkatkan tahap radikal bebas dalam badan kita secara mendadak. Radikal bebas adalah berbahaya kepada manusia kerana ia bertindak menyerang tisu-tisu sel kita lalu menyebabkan kerosakan sel badan. Dalam jangka masa yang panjang, radikal bebas yang berlebihan ini akan menyebabkan penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, strok dan sebagainya berlaku. Oleh itu, anti oksidan adalah penting bagi melindungi sel-sel badan daripada diserang oleh radikal bebas dan  mengurangkan pengoksidaan badan.
 
Ramai orang mungkin pernah mendengar tentang antioksidan sebelum ini, tetapi kita mungkin tidak menyedari betapa bahayanya pengoksidaan kepada badan kita. Kesan-kesan bagi pengoksidaan boleh dilihat melalui beberapa cara seperti besi mengarat, roti menjadi hapak dan epal akan menjadi warna perang apabila dipotong. Pengoksidaan dalam badan kita juga sama di mana sel badan kita yang normal dan sihat akan menjadi rosak. Ahli-ahli sains menyatakan bahawa ini merupakan salah satu sebab proses penuaan. Insaan Spirulina Plus adalah penyelesaian yang dipercayai dapat mengurangkan keadaan ini.
 
Dengan penggunaan teknologi terbaru, Insaan Spirulina Plus telah menjalani proses pengeluaran seperti penanaman, penapisan, penulenan, pensterilan dan proses pengeringan. Rumput gandum dan beras perang yang ditambah dapat menambahkan faedah dan khasiat pemakanan dengan membekalkan nutrien yang seimbang dan menyeluruh kepada 60 trillion sel-sel di dalam tubuh badan kita. Insaan Spirulina Plus adalah 100% selamat, semulajadi dan makanan beralkali yang seimbang, dengan itu ia adalah makanan ideal bagi seisi keluarga.
 
BAHAN RAMUAN:
• Serbuk Spirulina
• Serbuk Rumput Gandum (Triticum Aestivum)
• Beras Perang (Oryza Sativa)
• Aerosil
• Magnesium Stearate
 
FAEDAH-FAEDAH:
• Bertindak sebagai anti-oksidan untuk mengurangkan penyakit-penyakit berisiko
• Berkesan sebagai anti-penuaan
• Meningkatkan sistem imunisasi dan mengurangkan kesan tindak balas alahan
• Meningkatkan sistem penghadaman
• Membantu mengurangkan berat badan
• Meningkatkan pembentukan dan perkembangan sel-sel darah merah
• Mengandungi khasiat yang tinggi - GLA (Asid Gamma Linolenic) - Vitamin B12 - Beta karoten
• Rumput Gandum – membantu menghadamkan toksin di dalam tubuh badan kita
• Beras Perang – membantu mengurangkan paras kepekatan  lipoprotein ketumpatan rendah
 
SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN INSAAN SPIRULINA PLUS?
• Orang yang terdedah kepada radiasi
• Orang yang sedang menjalani terapi radiasi
• Orang yang mempunyai diet yang tidak seimbang
• Kanak-kanak yang tidak suka makan sayur-sayuran
• Orang yang menghadapi obesiti atau masalah pengurusan berat badan
• Orang yang mempunyai kolestrol yang tinggi atau anaemia
 
CARA PENGGUNAAN:
Kanak-kanak: ambil 2-3 tablet dengan air suam dan ambil 2 kali sehari. Dewasa: ambil 4-8 tablet dengan air suam dan ambil 2 kali sehari.
 
 Click to download pdf file.

Shape8 Enhanced

Shape8 merupakan produk Insaan yang berasaskan kecantikan dan kesihatan. Shape8 bertindak membuang lebihan sisa dalam badan dan meningkatkan metabolisme. Bahan bagi menghasilkan Shape8 adalah semulajadi dan tanpa bahan pengawet.

FUNGSI:

1. Bertindak sebagai penyahtoksikan
• Mengeluarkan lebihan toksik dalam badan
• Membina dan membersihkan sistem pencernaan dalam badan
2. Mengurangkan berat badan
• Produk penghalang karbohidrat
• Mengurangkan selera makan
• Mempercepatkan pengoksidaan lemak
• Membantu glikogen sintesis
3. Mengelakkan penyakit kronik

BAHAN UTAMA DAN FUNGSINYA:

1. Ekstrak Kacang Buncis Putih
• Mengurangkan penyerapan kalori dari karbohidrat
2. Asam Gelugur Cambogia (Asid Hydroxycitric, HCA)
• Menahan selera makan
• Menjana pembakaran lemak
• Menyekat karbohidrat yang berlebihan daripada membentuk lemak
3.Ekstrak Teh Hijau
• Mengurangkan tekanan darah
• Membantu pengaliran darah yang baik
4.Psilium
• Melegakan sembelit, sindrom perut sensitif, buasir
• Mengurangkan kolestrol dan lipoprotein ketumpatan rendah dalam badan
5.Nanas
• Mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi (kalsium, kalium, serat, dan vitamin C)
• Menahan batuk, menghilangkan mukus
6.Limau
• Bertindak sebagai anti-pengoksidaan
• Mengelakkan artritis tulang
SESUAI UNTUK:
• Pengguna yang ingin mengurangkan berat badan tanpa senaman atau menyekat pema kanan.
• Pengguna yang gemarkan makanan berkarbohidrat tinggi dan berlemak.
• Pengguna yang mengamalkan gaya hidup kurang aktif (tenaga yang diambil lebih banyak dari tenaga yang dikeluarkan).

* Tidak sesuai bagi ibu mengandung, pesakit jantung, gastrik, dan kanak-kanak di bawah 12 tahun.
CARA PENGGUNAAN:
1. Tuangkan 1 uncang Shape8 ke dalam 250ml air, kacau dan minum segera. 2. Minum 1-2 uncang sehari, 1 uncang pada waktu pagi dan 1 uncang sebelum makan malam.
3. Minum lebih banyak air dan makan buah-buahan yang banyak.
4. Dinasihatkan supaya mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya 1 bulan. Keberkesanan akan diperolehi dalam jangka masa 3 bulan.
 Click to download pdf file.

Dermi 8 Enriched

Setiap orang menitik beratkan masalah penuaan seperti bintik hitam, kedut, garis halus, pigmen, jerawat dan sebagainya bagi mengekalkan keremajaan kulit untuk tampak sihat dan muda bercahaya.
 
Tidak dapat dinafikan, terdapat banyak produk kecantikan dan rawatan perapian di pasaran sekarang. Tetapi bagi mengekalkan kecantikan seri wajah yang berpanjangan, penggunaan produk makanan tambahan adalah lebih penting. Kini, Insaan memperkenalkan satu formula istimewa di mana ianya dapat membantu memulih keadaan kulit dengan meningkatkan kolagen dan tahap anti-pengoksidaan.
 
Proses pembaharuan sentiasa berlaku di badan kita, tetapi peningkatan usia menyebabkan kulit kita hilang keupayaan untuk menukar kolagen yang lama. Proses pembaharuan yang perlahan ini mengakibatkan garis halus, kedut serta kulit kelihatan tidak bermaya. Dermi8 membawa kesan anti-penuaan dengan bertindak sebagai pelindung untuk kelembapan serta kekenyalan kulit bagi menghasilkan kulit muda berseri dan sempurna.
 
BAHAN UTAMA:
• Sarang burung
• Kolagen ikan
• Asid Hyaluronic (HA)
• Serbuk mutiara
• Kolostrum
• CoQ10
 
KELEBIHAN:
• Kulit lebih bermaya, halus, lembut, anjal dan berseri
• Menjadikan kulit tampak muda
• Kesan pemutihan
• Mengurangkan kedut dan garis halus
• Anti-penuaan
• Kulit bersinar
 
CARA PENGGUNAAN:
Masukkan 1 uncang Dermi8 ke dalam 150ml air, minum 1-2 kali sehari sebelum sarapan pagi dan 30 minit sebelum tidur.
 
 Click to download pdf file.

Friday, July 16, 2010

Borang Pesanan

Tinggalkan Pesanan Anda

Name*
Email*
Phone Number*
Message*
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image][What's This?]
Powered byEMF Contact Form